Tuesday, October 13, 2009

Selamat Hari Raya Aidilfitri.......

Assalamualaikum & Salam Satu Malaysia.......

Dikesempatan ini jebat ingin menyusun sepuluh jari memohon ampun & maaf zahir dan batin kepada semua keluarga, sanak-saudara, rakan-taulan dan juga seluruh rakyat Malaysia Tercinta!! Semoga kehadiran hari mulia ini dapat kita sama-sama bermaaf-maafan, kunjung-mengunjung sesama kita. Raikanlah hari bahagia ini dengan semangat 1 Malaysia dengan tidak mengira apa jua bangsa dan agama.

Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir dan Batin......





Thursday, October 8, 2009

Jom Kacau Dodol........

Assalamualaikum dan Salam Ramadhan dari jebat sekeluarga, begitu gembira sekali rasanya bila menjalankan ibadah puasa ni. Dalam kita menjalani ibadah puasa, jebat dan adik beradik telah berpakat untuk ‘kacau dodol’ pada hari Sabtu, 05 September di rumah bonda tercinta.
Dodol merupakan makanan tradisi wajib orang melayu ketika hari raya aidilfitri. Dodol dibuat daripada santan, gula melaka, tepung dan ianya perlu dimasak berjam-jam lamanya sekiranya menggunakan cara tradisional iaitu di ‘kacau”. Walaupun sekarang telah ada mesin untuk memasak dodol, tapi kami lebih gemar untuk menggunakan kaedah tradisional.


Banyak yang kami semua dapat pada hari ini selain dari dodol yang telah siap dimasak, kami adik-beradik dapat berkumpul bersama, bekerjasama, bergurau senda, almaklumlah yang keluarga jebat ni besar, jebat mempunyai 14 adik beradik dan semuanya lelaki! Maka pada kesempatan yang sebeginilah jebat dapat berjumpa dengan semua adik-adik dan ipar-duai serta anak-anak buah jebat. Jebat juga amat gembira bila melihat bonda yang begitu ceria bila semua anak-anak , menantu-menantu dan juga cucu-cucunya berkumpul. Hilang penatnya walaupun terpaksa bertungkus-lumus untuk menyiapkan bahan-bahan membuat dodol setelah melihat kaletah cucu-cucunya terutama bila melihatkan mereka semua amat berselera sekali menikmati ‘dodol cair’.


Dan akhirnya dodol yang dinantikan pun siap. Macam nak patah tangan rasanye, badan pun lenguh sekali, adik-adik yang lain dan anak-anak buah jebat banyak yang dah ‘tewas’ hehehehe…., cuma tinggal jebat dan 3 orang adik serta bonda yang menyiapkan proses packing dodol ini. jebat terpaksa menjadi ketua dalam program ini. Kalau dulu arwah abah ada, dia yang akan sibuk untuk memastikan semuanya berjalan dengan lancar. Semoga roh arwah abah tenang disana, Al-Fatihah!